Pembeli boleh menyemak reputasi penjual sebelum membuat pesanan untuk pengalaman pembelian yang lebih baik. Sila ikuti panduan di bawah tentang cara berbuat demikian.
Langkah 1: Pada halaman produk, klik pada nama pengguna penjual untuk menyemak maklumat penjual.

Langkah 2: Pada halaman maklumat penjual, anda boleh menyemak kadar perkhidmatan penjual, status dagangan, kepuasan pelanggan dan ulasan.
