Apakah ciri "Tutup Kedai"?

Jika anda ingin berehat dan tidak mahu/tidak dapat menerima pesanan, anda boleh menggunakan ciri Tutup Kedai. Ciri ini membolehkan penjual KALEOZ menutup kedai mereka buat sementara waktu, tanpa kehilangan sebarang data akaun atau status penjual mereka. Semasa kedai anda ditutup, semua penyenaraian anda akan menjadi tidak aktif dan pembeli tidak akan dapat membuat pesanan baharu dari kedai anda. Walau bagaimanapun, anda masih boleh log masuk ke akaun KALEOZ anda seperti biasa dalam tempoh tersebut.

Bagaimanakah cara saya menggunakan ciri Tutup Kedai?

Langkah 1: Log masuk ke akaun KALEOZ anda dan pergi ke " Produk Saya ".

Langkah 2: Klik butang "Tutup Kedai" untuk menutup kedai anda buat sementara waktu.

Langkah 3: Sambung semula perniagaan anda dengan mengklik butang "Buka Kedai" pada bila-bila masa yang anda mahukan.